MEMOHON KURSUS PRAPERKAHWINAN
Memohon Kursus PraPerkahwinan Di Wilayah Persekutuan (WP)
- Permohonan perlu dibuat melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM)
- Senarai syarikat yang menganjurkan kursus PraPerkahwinan boleh dirujuk melalui pautan ini.
- Sijil Kursus PraPerkahwinan akan dikeluarkan oleh JAWI
Memohon Kursus PraPerkahwinan Di Negeri Selangor
- Permohonan boleh dibuat di kaunter Bahagian Undang-Undang Keluarga (Ibu Pejabat) atau Pejabat Agama Islam Daerah dalam Negeri Selangor.
- Borang ini boleh di dapati melalui laman web JAIS.
- Bayaran RM80.00 akan dikenakan ketika pendaftaran dilakukan.
- Kursus Pra Perkahwinan di Selangor diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga dan Pejabat Agama Islam Daerah.